Lama tak bukak blog ni. Terlalu lama.
Perkara paling penting dalam hidup aku pon tak dapat nak update dalam entri ni sebab tiada kekuatan dan daya untuk menaip.
Malam ni aku gigih kan jugak.
11/01/16,
tarikh yang akan aku ingat sampai akhir hayat aku.
Tarikh dimana aku telah kehilangan insan yang paling penting dalam hidup,
iaitu satu satunya Mama aku.
Bermula sejak aku memula masuk praktikal dekat Concorde S.Alam, dah nampak sebenarnya dia mula jatuh sakit.
Makan tak lalu, tak larat nak jalan dan cepat mengah.
Aku? Kerja shift dan entah kenapa sangat dingin dengan mama aku.
Tak luangkan masa untuk dia pon masa dia sakit.
07/01/16
Entah niat aku seminggu sebelum dia meninggal, ajak dia pergi hospital tapi dia taknak. nekad nak bawak jugak hari jumaat sebab masa tu aku offday, tapi khamis sebelumnya dia request nak ke hospital so aku amik MC dan bawak jugak dia ke hospital pukul 11 tengah hari. Pukul 12 jumpa doktor dekat Hospital Sg.Buloh.
So bila jumpa doktor, doktor check tekanan darah tinggi. Ya, memang tekanan darah tinggi mak aku tahap merbahaya. Tapi hairan jugak pernah beberapa kali jumpa doktor.. tak pernah pulak dorang bagi ubat darah tinggi.
3 kali aku tengok doktor check, doktor macam xpercaya. So ended up, aku bagitahu yg mak aku ada sakit jantung dan pernah di detect jantung berlubang.
Terus doktor gelabah amik wheelchair and tolak mak aku masuk wad kecemasan tahap 3, iaitu tahap bahaya dan kritikal.
2jam pertama aku tak boleh masuk. so tunggu dekat luar.
So bila guard kata boleh masuk, aku cari mama aku.
Sedih yang teramat sangat bila tengok jantung dengan muka dia penuh wayar berslirat.
Masa tu masih tahan diri dari menangi, tunjuk dekat dia dan yakinkan dia yg dia akan sihat. tapi 12jam kena tahan dalam wad kecemasan sebab tekanan darah tinggi dengan denyutan jantung dia tak turun atau slow.
08/01/16
Doktor tengok hagaknya macam takde perubahan, ditolaknya mak aku ke wad CCU pukul 1am.
So, mak aku kene tahan dekat wad tu bilik paling perlukan pemerhatian dari doktor. bebetul depan dengan kaunter untuk doktor and nurse check.
aku call ayah pkul 1.30am tu bagitau mama dah masuk CCU, and nurse kata takboleh jaga. So ayah datang amik, and aku pesan dekat nurse.. Mak saya meroyan kepanasan dari dalam wad kecemasan. aku pon tak sure kenapa masa tu.
So nurse macam nebes la asal plak mak aku kan so dia mintak stay. tapi ayah dah datang and mak aku dah tido, terpaksa balik jugak la.
Masa nak balik tu, terpaksa jalan kaki jauh nak ke wad kecemasan sbb ayah tunggu dekat situ.
terjumpa kawan masa main gym, nampak dia dengan kakak dia. Lama sebenarnya tak jumpa and contact dia. So jumpa kejap tanya kenapa semua sebab nampak muka dia bengkak gila. Chicken pox katanya. borak sekejap dlm 5 minit pastu aku blah. (sorry bie sebab tak cerita pasal ni)
Esok paginya pukul 10 aku sampai hospital, bawak la bekal sikit untuk mama.
Datang2 je terus mama mengadu lapar dan panas sangat. Hairan aku kenapa bilik dia panas tapi bilik orang lain sejuk siap berselimut.
Aku pesan dekat ayah bawak kipas nak datang waktu melawat nnt.
Sedih sangat tengok mama masih berselirat penuh dengan wayar =(
Masa tu mama masih sedar, jadi dia borak2 sikit.
But then nurse dgn doktor panggil secara private. Ada benda nak bagitau kata dorang.
"malam tadi, mak awak meronta menjerit2. kenapa ye?"
aku dah suspen, tak tahu kenapa.
"mak awak nak lari dari hospital, kami terpaksa ikat dia dekat katil. kami rasa macam bukan mak awak masa tu sebab kekuatan dia lebih kuat dari doktor dan nurse lelaki'
Kenapa macam tu? aku tak sure.
aku jaga mak aku sampai la petang, mama cuma ngadu panas. doktor tak bagi makan mahupon minum. kena puasa, sedangkan dia tak sahur. kenapa puasa?
Doktor sahkan jantung mak aku sedang berenang dan lemas dalam air. Jantung dia tak kuat, tapi terpaksa bekerja keras dan lebih masa hanya untuk pam air dalam jantung.
09/01/11
Paginya bila sampai hospital, mama dah tak boleh bukak mata. dia hanya mampu dengar apa orang cakap, nak menyahut orang panggil dia pon tak boleh melainkan gerakkan jari.
Makin aku risau, dalam hati rasa semacam sangat. Nurse dan doktor panggil aku lagi.
"ada awk berborak dengan mak awak?"
"ada, kenapa nurse?"
"malam tadi mak awak meracau lagi. menjerit sambil mintak lepaskan diri. dia panggil mak dia"
aku tak mampu jawab, sebab tak pernah aku tengok mak aku jadi macam tu. tak pernah mak aku derhaka dengan nenek mahupon suami dia.
"kami nak mintak awak sign surat kebenaran. surat untuk ikat dia andai berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa, dan ubat bius yg sangat kuat untuk pengsan kan dia"
terpaksa aku call ayah dan kakak untuk mempersetujui surat kebenaran tu.
Tapi aku perasan, tangan kiri mak aku makin membengkak seperti belom yang nak pecah.
aku tanya nurse kenapa tangan mama.. tapi doktor yang jawab,
"kami tak dapat cari punca kenapa tangan mak aku bengkak. kami masih cari punca"
bila ditekan walaupon perlahan, mama meraung kesakitan. berkerut dahi tua dia.
tapi dia tak bergerak. masa ni, kuat hati aku kata, mama dah tak lama..
Petang masa waktu melawat, abg sepupu datang. Seorang pengamal perubatan islam.
Datang tanpa diduga, dia terus buat rugyah dekat mama.
Aku ada masa dia buat rugyah tu. aku dengar segala bacaan alQuran yang dibacakan.
dan aku nampak mak aku kepanasan.
Setelah beberapa minit, abg sepupu keluar. nampak dia berborak dengan kakak sepupu dekat luar.
Disebabkan nak melawat mama hanya 2 orang je yang boleh masuk, aku terpaksa keluar bagi keluarga yang lain melawat.
Disini lah bermula cerita, abg sepupu beritahu...
"abg baca rugyah tadi, nak tengok kenapa mama fiza sakit.. Allah bagi abg tengok apa yg terjadi dekat mama fiza. Abg harap kte ikhtiar semoga mama fiza sembuh"
"Allah bagi abg tengok, dalam perut mama fiza dah hancur kena 'makan' , organ lain pun macam tu. ada orang dengki, dah bertahun pun dia dengki dan hantar 'benda' untuk hancurkan mama fiza. abg dah tahu siapa punca, tapi lebih baik abg tak bagitahu. takut jatuh fitnah. abang harap kita semua doa, nanti bila senang baca yasin utk mama"
10/01/16
Dapat call dari doktor, emergency suruh datang ke hospital.
aku dan ayah datang secepat yang mungkin. tipulah kalau dalam perjalanan ke hospital aku tak menangis. risau dihati takut kehilangan mama, hanya tuhan yang tahu.
2jam tunggu doktor, dia ada emergency lain so terpaksa tunggu.
So selepas tu doktor datang.
doktor mula soal siasat latar belakang mama. dah tanya itu ini..
akhirnya doktor bagitahu..
"ibu cik dah tak sedarkan diri secara tiba tiba sebenarnya, sebelum dia tak sedarkan diri.. dia meronta ronta. kami terpaksa ikat dia. dia menjerit jerit mintak dilepaskan. tangan dia jugak makin membengkak, kami dah call pakar untuk datang check."
panjang lebar lagi doktor bagitahu, aku pon sebenarnya tak ingat.
So petangnya, mama ditolak ke ICU. Dimana wad untuk pesakit yang sangat kritikal.
bila aku masuk wad tu, Air mata ni tak dapat berhenti langsung.
Semua pesakit yang ada dalam tu, semua sedang koma, wayar lagi penuh satu badan.. dan tiub pernafasan dimasukkan dalam mulut dorang semua, termasuk mama...
Katil mama berada betul2 dihapadan kaunter doktor dan nurse. Bermakna antara semua, dia yang paling kritikal.
Ayah pesan, redha dengan semua ni. Ayah minta aku call semua adik beradik dia dan sedara yang lain untuk datang jenguk mama buat kali terakhir.
aku terpaksa akur, aku whatsapp kan dalam group kedua dua family iaitu adik beradik mama dan sedara mara sebelah ayah memandangkan kitorang sangat rapat.
Doktor pakar dan doktor dari ICU jumpa kami semua dalam satu bilik dekat ICU. doktor bagitahu yang dorang akan operate tangan mama yang sedang membengkak besar.
dan doktor semua yang ada untuk setuju melakukan pembedahan tersebut kerana...
sepanjang pembedahan boleh macam2 berlaku, terutama bila mama ada penyakit jantung lemah. Jantung bole berhenti bila bila masa. Doktor minta agar tabah dan banyak berdoa.
11/01/16
Selepas mama dibedah, doktor call aku untuk datang. dan bawak keluarga yang lain.
Kami datang, memang penuh dlm ICU tu. ada kot 30 org dlm ICU tu..
Doktor minta kami bertenang dan banyak berdoa sebelum dia start bagitahu something..
doktor bagitahu ..
"semasa kami melakukan pembedahan, berlaku komplikasi.. komplikasi yang berlaku adalah apabila kami sedar bahawa pesakit tidak menunjuk kan sebarang reaksi semasa kami menyuluhkan lampu ke mata dia. Reaksi yang sepatutnya kami adalah bila lampu disuluh ke mata, anak mata akan mengecil dan mengembang. tetapi, anak mata puan Salwana tidak menunjukkan sebarang reaksi atau perubahan"
"apabila berlakunya perkara ini, hanya ada satu punca.. STROK OTAK. strok otak ini ibarat kami pakar2 yang berada disekeliling anda semua adalah, pesakit sudah mati atau kita panggil otak mati. hanya jantung yang masih hidup"
bila semua bersurai, aku dan pak anjang, makngah, pakngah dan maklong (adik beradik mama) yang tinggal dekat hospital untuk bergilir2 jaga mama.
bila aku duduk sebelah mama, aku tak henti henti mohon ampun walaupon dia dah tak sedar. tiub didalam mulut, tangan dah berbalut dek pembedahan.
nurse yang jaga pun aku tengok dia bersedih.
Nurse dan doktor pakar datang dekat aku, dorang berborak dgn aku..
maybe untuk kuatkan semangat aku.
doktor tanya, dah lama ke mak awak lemah jantung? makan ubat tak?
so aku cerita, pernah 3/4 kali datang hospital ni bila dia sakit. bila check, tekanan darah tinggi tahap merbahaya. tapi saya tak pernah terima ubat dari hospital ni utk mama saya.
borak punya borak, doktor bagitahu sesuatu.
"jantung ibu awak sangat sangat lemah. kami sebenarnya dah bagi ubat yang paling kuat dekat dia. ubat paling kuat adalah tahap 4. paling kuat... tapi kami bagi 6 pada ibu awak, dan jantung dia masih lemah selemahnya. saya harap awak bersabar dan banyakkan berdoa. segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. redha dengan ketentuan tuhan..."
masa tu, memang terus aku menangis.
masa tu memang hanya surah yasin dan alfatihah sahaja yang aku baca sepanjang petang tu.
Petang tu, aku call fajrul.. suruh dia datang. so dia beli tiket and datang jugak malam tu.
Keluarga sebelah ayah semua berkumpul dekat rumah termasuk ayah dan kakak aku untuk bacaan yasin dan doa agar mama dipanjangkan umur dan kembali sihat.
disebabkan dah beberapa hari teman mama dekat hospital dan tak cukup tidur, ayah call dan minta diganti dengan kakak.
pukul 9 ayah sampai hospital. jadi aku terus bergerak ke rumah untuk tidur memandangkan tengah migrain teruk. pukul 9.30 aku sampai rumah..
9.40 kakak aku call sambil nangis2..
"datang hospital balik. doktor tengah sahkan yg mama dah takde"
Allah, tak sempat pon aku nak bukak tudung dan tidur.
Semua family ayah ada dekat rumah. ada yang tidur dekat rumah.
bila aku bagitau dorang doktor tengah sahkan mama dah takde, semua terus standby dekat rumah.
11/01/16 - 10.45pm
Sejurus aku smpai dekat wad ICU, nurse yang berborak dengan aku terus peluk aku dan ucapkan takziah.
aku tahu maknanya.. mak aku dah takde.
bila aku selak tirai, kain putih dah tutup mama.
terus aku whatsapp dlm group Concorde bahwa mak aku dah takde..
minta dorang sampaikan pada chef utk aku extend cuti.
doktor mintak keluar, katanya nak jahit tangan mama. aku tanya berapa lama, katanya setengah jam.
tapi 2jam setengah dah berlalu, masih tiada perubahan.
kawan ayah 3 orang dah datang, aku, kakak, pak anjang, dan nenek yang masih tinggal.
Setelah selesai, aku tanya doktor kenapa lambat sangat.
Kata doktor, 3 kali dorang jahit tangan mama, tapi jahitan asyik terbuka. dorang takpaksa stepler tangan mama. aku terkejut, kenapa macam tu...
nurse kata, sebab pembedahan ada 3 dekat tangan. jadi otot tu macam terbuka xdapat nak tutup.
Settle di ICU, tolak mama ke van jenazah hospital. settlekan pembayaran semua, dapatkan surat kematian semua.
Aku dan kakak naik van jenazah, dari hospital sampai ke rumah.
Sepanjang perjalanan, tiada gangguan dari sesiapa pun. Mulut tak henti baca surah yasin dan alfatiha walaupon mata berlinangan.
Sampai je dekat rumah, alangkah terkejut nya aku... kawan2 dari Concorde ada depan rumah dengan baju kitchen dorang. Tahu dorang shift petang sampai malam.
Thanks Fauzi, Azrai, Farah Cold ktchen dengan sape tah sorang lagi aku tak ingat pulak nama dia. sanggup 3 pagi korang datang sambut mak aku.
Tanpa berlengah, kami bawa keranda turun dari van jenazah.
Aku rasa tak puas hati bila nampak mereka yang lelaki semua seolah tak mampu nak angkat mak aku.
Ya aku tahu, keranda sudah berat, ada pula jenazah didalam nya. lagilah berat.
jadi aku cepat2 tolong angkat keranda tu masuk dalam rumah.
Angkat jenazah dan alihkan ke tilam.
Lepas tu borak dengan bebudak Concorde macam mana mak aku boleh hembuskan nafas terakhir dia.
pukul 4am fajrul call, dia dah sampai dkt KTM sg.buloh. so pergilah pickup dia.
lepak kejap dengan fajrul dekat rumah, depan mama....
aku kata dekat dia aku dah tak larat. aku nak tidur.
So tidurlah kitorang depan TV sementara tunggu lepas subuh.
12/01/16
Sedar2 je dengar ramai orang baca yasin.
rupanya orang2 surau balik dari sembahyang subuh datang.
Mandi semua, pukul 8 van jenazah masjid datang.
bawak jenazah ke masjid.
kenapa tak mandikan dan kapankan dekat rumah?
Masa tu takde air. terpaksa bawa ke masjid.
sampai je dekat masjid, nak turunkan jenazah, macam biasalah aku mana boleh tak menyibuk angkat jenazah walaupon ramai yg halang sebab aku perempuan.
peduli pulak, ini mak aku..
So, ustazah hajah zainab tanya sape yang boleh mandikan jenazah.
Aku ingat dulu, mama pesan.. jangan tengok orang mati.
aku Lemah semangat, senang kena badi mayat.
Tapi kali ni, jenazah tu adalah mak aku.
Tak pe aku lemah, janji itu kali terakhir aku dapat merasa mandikan dia.
Betapa aku pilu, bila pertama kalinya tengok tangan mak aku terbelah 3 bahagian.
Berserta kesan stepler ditangan.
sedih yang paling sedih pernah aku rasa. hingga ke harini, bila aku ingat tangan dia, aku akan menangis.
Settel mandikan dan kafankan, solat jenazah pula.
Lepas solat jenazah, tentulah kucupan dan pelukan terakhir sebelum muka mama ditutup.
Semua ahli keluarga cium dan peluk mama.
Hanya ayah yang tak cium. Ayah insan last yang mereka mintak penghormatan terakhir.
tapi ayah taknak. Sebenarnya nampak, raut wajah ayah sangat sedih dan tak mampu nk lepaskan mama. begitu juga aku dan kakak.
Oh ye, tak lupa.. sebelum mandikan jenazah mama..
Masa tengah diberi kata2 takziah dari sepupu sambil dipeluk kuat...
(lagi kuat sepupu peluk, lagi kuat aku menangis meraung)
ternampak Jaz berdiri sebelah Fajrul dekat masjid.
Terima kasih jaz sebab sudi datang dan MC dari kerja.
tak lupa juga, mira syidah dengan alis yang datang dkt masjid sebelom jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Sesudah sampai ke tanah perkuburan, rupanya ada juga yang meninggal hari yang sama.
Hairan kenapa masih tak ditanam jenazah ibu mereka..
dah 2 jam jenazah ibu mereka dalam van jenazah. tak kan beri penghormatan pada orang kampung sebab dorg orang luar..
rupanya, mereka menunggu ahli keluarga yang lain.
Allah, terseksa jenazah tu.
Jadi, jenazah mak aku dikebumikan dulu.
cara eksterim jugak la, dikorek dan ditanam guna mini bajak.
tapi jika itu memudahkan kesemua pihak dan jenazah, kami akur.
____________________________
3 hari dan 3 malam fajrul dekat rumah.
Dia la peneman dan pemberi semangat.
Aku tahu, ayah masih bersedih dan tiada tempat mengadu.
Aku tidak diajar jadi anak yang manja dan kaki mengadu.
Jadi aku tak tahu cara yang sesuai untuk beri semangat pada ayah..
_____________________________
Masa dekat hospital, sebelum mama mula tak sedarkan diri.
Ada org datang melawat dia bawak makanan..
Dia pesan dekat aku..
"adik, bawak la balik makanan semua tu.. mama dah xmakan lepas ni"
Ada juga dia kata,
"Dah lama adik tak kemas rumah cantik2, nanti balik kemas la. esok lusa ramai orang nak datang"
aku pon konfident masa tu jawab sebab nak sedapkan hati,
"sape jela nak dtg rumah kita skrg ma, atok nenek dah takde. mana ada orang nak datang raya lagi. kita je pegi rumah orang"
Siapa sangka, rupanya dia dah bagi tanda2 dia nak pergi. Kita yang tak sedar.
Cuma aku terkilan, masa dia masih sedar..
aku tak berkesempatannak minta ampun sepanjang dia kandungkan aku hingga la ke akhir nafas dia.
Masa dia sakit tu, aku banyak dingin dan marah dekat dia.
ntah la, aku sendiri tak tahu kenapa macam panas je dengan dia.
Sumpah aku menyesal.
Sepanjang aku praktikal dekat Concorde, aku dah tak luangkan masa untuk mama ayah.
Dorg byk hidup berdua je. Aku? busy dan sentiasa penat, dan sentiasa berasa marah dekat mama, tanpa sebab....
aku menyesal sampai ke harini, tapi dah tak boleh nak patah balik.
Tiap malam ingat mama, rindu sangat dekat mama.
Sekarang ni, aku cepat sangat tersentuh hati bila baca pasal ibubapa, tisu betul hati ni.
Cepat je menangis.
_________________________________
Selepas 3 hari mama meninggal, aku jatuh sakit.
So, jumpa la pengamal perubatan tradisional (si A) dan abg sepupu (si B)aku yang ustaz tu.
Dedua kata aku terkena badi mayat.
Memula jumpa si A, dia kata kena badi mayat.
sambil tu dia kata, orang yg dengki dekat mak ko dah attact kau.
dulu dia buat sikit2 je, ni mak ko dah takde..
dia attact bagi sakit.
aku tanya, apa dia buat. (sesaja la test makcik tu padahal aku dah rasa sakit yang lain macam)
makcik tu gelak... "ni, dia buat ni...."
*sambil sentuh 5 bahagian dekat jantung dengan paru2 aku*
weh serius masa tu aku rasa sakit yang teramat sangat, dia sentuh je. bukan picit ke tekan ke.
memang aku berguling kesakitan.
katanya ditusuk benda tajam, tapi mata kasar tak nampak..
benda tajam apa?
Buluh yang diasah bagi tajam hujungnya, dan dah tembus 3 tempat dalam jantung aku.
Ya, memang sakit teramat sangat..
Masa tu, makcik tu bagitau.. arwah ada dekat sebelah.. dia tersangkut tak lepas naik ke langit. Sebab? ada yang berat hati nak lepaskan dia dan tak redha.
Siapa? Kakak aku.
So, dengan bacaan alquran.. makcik tu mintak supaya kakak aku redha dengan pemergian dia.
Settle, aku dan kakak aku baru la terasa dada ni lapang sangat. tak rasa berat hati..
rupanya sebab arwah tak naik ke langit lagi.
ada setengah orang percaya perkara ni, ada setengah orang tidak.
terpulang pada korang.
aku? 50/50 . percaya jangan, dan jangan tak percaya.
beberapa hari lepas tu, si B pulak datang nak ubat aku dan sedara2 lain yang terkena badi mayat.
badi mayat ni terkena bila ada orang yg lemah semangat. ntah la korg google la benda tu.
si B pon kata ada jantung aku kena tusuk dengan buluh tajam sampai tembus.
walhal si A dgn si B tak pernah berjumpa. tapi dedua bagitau benda yang sama.
So? 50/50 la kan nak percaya ke tak.
Tawakkal pada tuhan agar apa kau buat tu tak syirik, diperlukan untuk mengubati diri dengan keizinan Allah.
So, si B kata, bila kerap rasa sakit.. call dia, dia akan datang ubatkan aku dan bacakan ayat2 utk perlindungan diri dari sihir2.
______________________________________
Sampai sini jela aku cerita, sebenarnya tak dapat nak describe macam mana saat2 sedih dan saat2 terakhir bersama mama, mood sedih masa memula dah takde.
Kenapa? sebab dah hampir 6 bulan mama pergi.
Jadi, aku taip ni dengan penuh ketabahan, ada jugak menitis air mata ni.
Takpe, kita redha.
Semoga Mama ku tenang di alam baru nya.
Ya Allah, jadikan lah mama aku antara bidadari syurga,
Ampunkan lah dosa2 yang pernah dia lakukan.
Tempatkan lah dia dikalangan orang2 yang beriman, tempatkan lah Mama aku di sisi-Mu Ya Allah.
Jadikanlah kuburkan seperti taman2 dalam syurga, perhiaskan lah kuburnya dengan taman yang indah, dipenuhi bunga dan rama rama yang berterbangan.
Jangan lah Engkau seksa Mama ku di alam barzakh, jangan lah engkau biarkan api neraka menghampiri Mama ku walaupon hanya hangat yang terasa.
Jauhkan la Mama aku dari seksaan api neraka, kerana dia seorang Ibu yang mithali.
Didikan nya telah menjadikan aku seorang anak yang sempurna.
Hanya aku yang terpesong dengan kelalaian dunia.
Al-fatihah buat Mama ku, Salwana binti Haji Abu Bakar :'(
Al-Fatihah juga keluargaku yang telah kembali ke rahmatullah,
Nenek Kamsinah,
Atok Abu Bakar,
Atok Kadim,
Paklong Rahman,
dan semua umat Islam.
Yang Merindui dan Menyayangi Mu sentiasa,
Anak bongsu mama,
Siti Nurhafizah.